'Travel Mart Beautiful Terengganu'
Assalamualaikum buat pembaca setia blog kami..
Seperti yang sedia maklum, Whe Mumtaz Travel & Tours akan bersama-sama memeriahkan festival Travel Mart Beautiful Terengganu yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 march 2016 bertempat di Angsana Johor Bahru Mall. Untuk pengetahuan pembaca semua, festival yang berlangsung ini hanya akan memfokuskan produk keluaran daripada Negeri Terengganu sahaja.
Terengganu sememangnya kaya dengan khazanah hutan, pantai dan pulau yang sangat menarik. Selain itu, Terengganu juga sangat popular dengan tempat makan yang sedap dan keenakan rasa makanannya yang boleh dikatakan tidak mampu ditandingi oleh negeri-negeri lain. Antara makanan yang paling popular di Terengganu ialah nasi dagang, keropok lekor, sata, dan sebagainya.
Di samping itu, Terengganu mempunyai banyak pulau, dan pantai yang menarik. Antaranya ialah pantai penarik, pantai rhu sepuluh, lata chemerong, tasik kenyir, bukit keluang dan sebagainya. Oleh itu, bagi sesiapa yang berminat atau teringin untuk melancong ke Terengganu bolehlah datang ke booth kami Whe Mumtaz Travel & Tours Sdn. Bhd kerana kami ada menyediakan perkhidmatan pelancongan ke destinasi yang anda inginkan.
Justeru itu, buat pembaca yang berada di sekitar khususnya di Johor, Melaka, dan Negeri Sembilan yang mempunyai kesempatan bolehlah berkunjung ke booth kami kerana kami akan terangkan dengan lebih lanjut apa yang terdapat di Negeri Terengganu.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 09 6301515 atau email kami terus ke sales.whem@gmail.com
No comments:
Post a Comment