Pages

Sunday, 27 March 2016


KEMERIAHAN BEAUTIFUL TERENGGANU


Assalamualaikum buat pembaca semua..

Hari ini merupakan hari terakhir kami berada di Beautiful Terengganu di Angsana Johor Bahru Mall. Seperti yang telah kami hebahkan sebelum ini, kami berada di sana bermula 23 hingga 27 mac 2016. Bagi sesiapa yang berminat untuk melancong ke Negeri Terengganu bolehlah datang ke booth kami sementara kami masih berada di sana. 


Gambar di bawah merupakan hari ketiga (25/3/16) kami berada di Angsana Johor Bahru Mall.. Dapat dilihat booth kami telah dipenuhi oleh pengunjung yang datang dari dalam dan luar negeri seperti johor dan juga Singapura. Kemeriahan semakin terasa dengan kehadiran para pengunjung yang tidak putus-putus memenuhi booth kami. Oleh itu,bagi sesiapa yang tidak berpeluang atau tidak sempat untuk brkunjung ke booth kami, anda jangan bimbang kerana kami turut memuatnaik status pakej-pakej terkini yang ditawarkan melalui facebook, instagram dan juga twitter.











Justeru itu, bagi sesiapa yang berminat untuk mengambil pakej dari kami bolehlah hubungi kami di talian 09 6301515 atau email kami terus ke sales@whem.gmail.com

No comments:

Post a Comment