Pages

Tuesday 29 March 2016



PAKEJ PULAU KAPAS


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kami dari Whe Mumtaz Travel & Tours ingin berkongsi sedikit aktiviti yang telah berjaya kami laksanakan. Pada tarikh  25 hingga 27 mac 2016 yang lepas, satu rombongan yang dianggotai seramai 53 orang daripada pelajar Unisel telah berjaya melaksanakan program mereka yang diadakan di Pulau Kapas selama 3 hari 2 malam. Program ke Pulau Kapas ini turut disertai oleh Puan Nor Azma selaku staf yang mewakili Whe Mumtaz Travel & Tours.

Buat pengetahuan semua, untuk sampai ke destinasi yang ingin di tuju, peserta dapat merasai pengalaman menaiki bot dan sekaligus dapat melihat keindahan alam semulajadi. Sepanjang di sana juga, terdapat pelbagai aktiviti yang sempat kami rakam. Antaranya bermain bola pantai,snorkeling dan sebagainya. Selain itu, untuk program di sana pelajar memilih untuk mendirikan khemah sebagai tempat penginapan. Hal ini kerana, khemah dibina berhampiran dengan pantai supaya mereka dapat merasai pemandangan laut yang begitu nyaman.

Gambar di bawah merupakan gambaran sepanjang program ini berlangsung.














Bagi sesiapa yang berminat untuk merasai pengalaman bercuti ke Pulau Kapas, boleh hubungi kami di talian 09 6301515 atau email kami terus ke sales.whem@gmail.com

No comments:

Post a Comment