Pages

Wednesday 29 January 2014

Biru Oh Biru..

Sambungan dari entri sebelumnya, salah sebuah binaan yang turut menonjolkan kehebatan senibina Islam suatu ketika dahulu ialah Masjid Sultan Ahmed. Namun masjid ini lebih dikenali sebagai masjid biru. Kenapa masjid biru? 

Menurut En. Google, masjid ini dikenali sebagai masjid biru kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalam bangunan. Pembinaan masjid ini mengundang kontroversi kerana pada zaman tersebut, pembinaan masjid adalah dengan menggunakan harta rampasan perang, tetapi Sultan Ahmed tidak memenangi sebarang perang, jadi beliau terpaksa mengeluarkan wang dari perbendaraan. 

Masjid ini memang unik kerana binaan masjid kelihatan berwarna biru dari jauh walaupun tidak dicat biru. Tapi yang lebih menarik adalah penulis sempat bersolat jumaat di masjid ini. :) 

Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil oleh penulis : 


Replika Masjid








Kawasan luar Masjid





Kawasan dalam Masjid

No comments:

Post a Comment