Pages

Monday, 27 January 2014

Dari Gereja kepada Masjid kepada Muzium...

Sebut Hagia Sophia atau Aya Sofia, mesti di fikiran kita terdetik siapa empunya nama cantik ini. Namun bukan nama orang atau butik yang kita cari tetapi sebuah muzium yang tersergam indah di Istanbul. Ia merupakan salah sebuah bangunan teragung dan cantik di dunia. 

Asal pembinaan adalah untuk dijadikan sebuah gereja antara tahun 532 dan 537 AD atas arahan Maharaja Byzantine Justinian. Hampir 1000 tahun, bangunan ini digunakan sebagai gereja oleh penganut agama Kristian Ortodoks. 

Pada tahun 1453, orang Turki Uthmaniyyah telah berjaya menawan Constantinople yang diketuai oleh Sultan Muhammad al-Fatih. Beliau telah mengarahkan Hagia Sophia diubahsuai menjadi sebuah masjid. Semua unsur-unsur Kristian telah digantikan dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara luar ditambah. 

Selepas 500 tahun Hagia Sophia menjadi masjid utama di Istanbul, Kerajaan Republik Turki telah menjadikannya muzium. Alangkah bagusnya jika Hagia Sophia masih kekal menjadi sebuah masjid dan menjadi salah tempat beribadah terunggul di Istanbul. 

Penulis telah berpeluang melawat Hagia Sophia pada bulan Januari 2014. Berikut penulis sertakan beberapa keping gambar kenangan di Istanbul. 






No comments:

Post a Comment