Pages

Thursday 29 October 2015

Dapatkan tawaran Pakej Pelancongan yang menarik dari kami !~


Anda mencari pakej percutian ? Mencari kereta sewa? Mencari Homestay di Negeri Terengganu ???

Segala yang anda cari ada di sini.. Kami sediakan pelbagai perkhidmatan, antaranya pakej umrah di cuti sekolah, pakej umrah Istanbul, pakej percutian luar negara dal dalam negara, visa, penempahan tiket penerbangan antarabangsa dan domestik, serta penginapan.. Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi kami di talian 09-630 1515 atau whatsapp kami di talian 018-914 2770 atau emailkan pertanyaan anda di whetravel@gmail.com..  





Wednesday 7 October 2015

PASAR PAYANG KUALA TERENGGANU



JOM MEMBELI BELAH DI PASAR BESAR KEDAI PAYANG




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog company kami. Hari ini saya nak menceritakan sedikit mengenai Pasar Payang atau Payar Besar Kedai Payang yang meupakan satu tarikan utama sekiranya pelancong datang ke Terengganu. Untuk pengetahuan anda semua, Pasar Payang ini kemungkinan asalnya dari nama perahu payang sejenis perahu nelayan yang memasarkan hasil tangkapan mereka di psar, ataupun loghat Terengganu untuk Kedai Tempayan yang merujuk kepada pasar besar di Kuala Terengganu. ia juga merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular dikalangan pelancong ke Terengganu. 




Saya nak cerita sikit pengalaman saya datang ke sini dengan anda semua. Sampai-sampai je dekat pintu depan nak masuk ke dalam pasar ni, saya dah fikir apa yang saya nak beli untuk bawak balik ke rumah, hadiahkan kepada kepada keluarga  dan kawan saya. Pasar Payang ni terdiri daripada bangunan kompleks 2 tingkat di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih tradisional negeri Terengganu. di bahagian atas pula terdapat pelabgai kedai menjual barangan terutamanya batik Terenganu, patung penyu, ole-ole dan baju-baju negeri Terengganu. Sekiranya anda datang ke sini janganlah melepas peluang untuk membeli barang buatan orang negeri Terengganu yang mempunyai keunikkan yang tersendiri. 





Ini merupakan tingkat bawah Pasar Payang. Anda dapat lihat sendiri barangan yang dijual terutamnya budu, keropok keping, keropok lekor, kerepek, buah-buahan dan sebagainya. Barang yang dijual disni semuanya murah-murah dan peniaga semuanya ramah mesra dan senang untuk berusan dengan mereka. 




Gambar ini pula merupakan tingkat atas di Pasar Payang. Anda boleh beli barang seperti, batik Terengganu yang terkenal dengan corak dan motifnya tersendiri. selain itu anda boleh membeli cenderati seperti t-shirt terengganu, rantai kunci - penyu, bantal penyu. kenapa penyu? sebab penyu ni merupakan landmark bagi Terengganu :-) hehe..  Selain daripada itu, anda boleh dapatkan barangan berasakan tembaga dan menguan serta banyaka lagi.