Pages

Wednesday 30 September 2015

KENYIR ELEPHANT CONSERVATION VILLAGE ( K.E.C.V )


LAWATAN KE KENYIR ELEPHANT VILLAGE




Tahukah anda mengenai kewujudan Kenyir Elephant Village ? KEV ini terletak di Sungai Telemung, Tasik Kenyir Hulu Terengganu. Tempat ini baru dibina pada April 2012 dan masih lagi dalam memperlengkapkan kemudahan yang tersedia ada. Ia mula dibuka pada sekitar Jun 2014.




Gambar ini menunjukkan pintu masuk ke Kenyir Elephant Village dan disambut oleh pegawai yang bekerja disitu. Selalunya, KEV ini akan ramai orang datang pada cuti sekolah dan cuti hujung minggu. Lawatan kami ke KEV ini untuk melihat keunikkan dan kelebihan yang terdapat disitu.

Waktu Beroperasi :

 Dibuka pada setiap hari 
9.00 pagi - 5.30 petang

Jumaat
Akan ditutup pada waktu solat Jumaat
9.00 pagi - 12.30 tengahari / 2.30 tengahari - 5.30 petang



Untuk masuk ke KEV ada dikenakan caj bayaran. Gambar ini menunjukkan kaunter pembayaran dan sebelah kaunter tersebut merupakan laluan untuk masuk ke tempat lawatan tersebut. 

Bayar Masuk :

Kanak-kanak bawah 6tahun : Percuma

Kanak-kanak 7tahun - 12tahun : RM20

Deawasa 12tahun ke atas : RM40



Selepas selesai bayaran masuk, kami berkumpul dan diberi taklimat mengenai KEV secara keseluruhan oleh pegawai yang bertugas pada hari tersebut. Dari penerangan yang diberikan, kami mendapat beberapa maklumat baru mengenai kawasan itu dan tidak sabar untuk melawat kawasan KEV yang penuh dengan hutan tropika yang cantik dan strategik. 


Gambar ini menunjukkan laluan untuk masuk ke dalam KEV dan akan melalui 5 menara peninjau dan 5 plaform persinggahan untuk sampai ke tempat persembahan gajah tersebut. Selain itu, sepanjang perjalanan kami menggunakan jambatan gantung yang panjang dan kawasan tersebut sangat cantik dari atas. Perjalanan untuk sampai ke tempat persembahan gajah tersebut mengambil masa selama 30minit. Kawasan ini juga sangat cantik untuk ambil gambar sebagai kenangan.




Kemudahan yang disediakan di Kenyir Elephant Village ialah :

1. Kolam mandi gajah
2. 5 menara peninjau
3. 5 platform persinggahan
4. Bangsal gajah
5. Padang persembahan gajah
6. Ruang kedatangan
7. Kaunter informasi
8. Surau
9. Kafe
10. Restoran
11. Tandas awam
12. Kedai Cenderahati





Sampai sahaja kami di tempat persembahan, kami disambut denga beberapa ekor gajah untuk persembahan pendidikan gajah. Perjalanan kami untuk menuju ke sini mengambil masa selama 20minit. 


Gajah ini melakukan pertunjukkan selamat datang kepada kami dengan cara pergerakan menyilang kaki mereka dan juga membuat bunyi. Selain itu, pelbagai lagi pertunjukkan yang dibuat oleh mereka antaranya ialah, cara mereka tidur, cara mereka mengambil makanan dan sebagainya. 










Kami diberi peluang untuk memberi makanan kepada gajah-gajah yang ada disitu.


Selepas pertunjukkan gajah berakhir, kami berkesempatan untuk mengambil gambar kenangan bersama gajah-gajah tersebut.  

Tuesday 22 September 2015

TARIKAN BARU TASIK KENYIR


TARIKAN BARU DI TASIK KENYIR 



TASIK KENYIR WATERPARK




Waktu Beroperasi 

Ahad - Khamis : 10.00pagi - 5.00petang 
Jumaat : 10.00pagi - 1.00petang / 2.30petang - 5.30petang



Harga Promosi sehingga 30 September 2015

Dewasa : RM 20
Kanak - kanak : RM10



Harga Biasa 

Dewasa : RM25
Kanak-kanak : RM15



Gambar ini menunjukkan jarak diantara jeti dengan waterpark. Perjalanan kami mengambil masa selama 10minit untuk sampai ke sana. Kami diberi arahan untuk memakai jaket keselamatan semasa berada didalam boat. 


Taman Tema ini khas untuk kanak-kanak disebabkan paras air yang cetek dan tidak membahayakan kanak-kanak. Selain itu, ada pengawal keselamatan yang menjaga keselamatan pengunjung yang datang. 






Ini merupakan tempat strategik untuk ambil gambar. Kami berasa gembira semasa melakukan aktiviti disitu. 


Pondok ini untuk disewa dengan harga RM15. Kalau yang berkeluarga bawak makanan eloklah sewa pondok ini.


Tempat main paddle boat untuk kanak-kanak. 


Sekiranya ingin bermain dikawasan ini, ada dikenakan caj RM5 untuk baju keselamatan


Tempat ruangan menunggu untuk menaiki boat pergi ke jeti
.

Gambar yang terakhir semasa kami berada di Tasik Kenyir Waterpark. Terima Kasih https://www.facebook.com/kenyirwaterpark atas layanan yang telah diberikan kepada kami sepanjang melakukan aktiviti disitu. Tempat ini bersesuaian sekiranya mebawa anak-anak untuk bermandi-manda dan meluangkan masa bersama keluarga. ASSALAMUALAIKUM : )

Wednesday 2 September 2015


Anda mencari tempat yang sesuai dan murah untuk percutian anda? Syarikat kami, WHE Mumtaz Travel & Tours Sdn. Bhd. ada menyediakan pakej percutianyang menarik buat anda semua.. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami do 09-6301515..